BERITA SEMASALUAR NEGARA

Wanita cuba letup bank maut, bom meletup di tangan

THESSALONIKI (GREECE) – Seorang wanita yang dipercayai cuba meletupkan sebuah mesin juruwang automatik (ATM) maut apabila bom yang dibawa meletup di utara negara ini, semalam.

Letupan menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan beberapa premis perniagaan serta kenderaan berhampiran.

Menurut kenyataan polis, mangsa yang berusia 38 tahun itu dipercayai dalam usaha meletakkan bom berkenaan di ATM milik sebuah bank namun berlaku kesilapan yang mengakibatkan bahan letupan tersebut meletup sebelum sempat ditanam.

“Wanita itu membawa bahan letupan dan merancang untuk menanamnya di ATM bank. Namun, sesuatu telah berlaku dan bom itu meletup ketika masih berada di tangannya,” kata seorang pegawai kanan polis kepada agensi Reuters dipetik CNN.

Siasatan kini giat dijalankan oleh pihak berkuasa bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kemungkinan sama ada mangsa bertindak secara bersendirian atau mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan tertentu.

Difahamkan, wanita terbabit merupakan individu yang dikenali pihak berkuasa berikutan pembabitannya dalam beberapa siri rompakan sebelum ini.

Polis juga tidak menolak kemungkinan mangsa mempunyai kaitan dengan kumpulan pelampau kiri yang masih aktif di negara itu.

Insiden tersebut berlaku kurang sebulan selepas letupan bom di luar pejabat Hellenic Train di ibu kota Athens.

Terdahulu, dua organisasi media tempatan menerima panggilan amaran mengenai ancaman bom yang dijangka meletup dalam masa 35 minit, memaksa pihak berkuasa mengosongkan kawasan terbabit.

Sebuah beg mencurigakan turut ditemui di lokasi kejadian dan kini dalam siasatan polis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button