LUAR NEGARA

Nahas Yeti Airline, pesawat terbang rendah sebelum menjunam

POKHARA, Nepal – Sekurang-kurangnya 40 mangsa dilaporkan terbunuh dalam nahas pesawat milik Yeti Airlines yang terhempas semasa mendarat dan terbakar berhampiran Lapangan Terbang Pokhara, hari ini.

Pesawat jenis ATR-72 yang sedang dalam perjalanan dari Kathmandu ke bandar pelancongan itu membawa 72 orang penumpang dan daripada jumlah tersebut 53 adalah warga Nepal, India (5), Rusia (4) dan Korea Selatan (2).

Selain itu seorang penumpang masing-masing dari Ireland, Australia, Argentina dan Perancis serta empat orang anak kapal.

Video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan sebuah pesawat terbang rendah di kawasan berpenduduk sebelum menjunam.

Kira-kira anggota 200 tentera Nepal terlibat dalam operasi menyelamat di lokasi nahas di gaung Sungai Seti yang terletak 1.5 kilometer dari lapangan terbang.

“Kami menjangka terdapat lebih banyak mayat,” kata jurucakap tentera yang menyatakan pesawat itu berkecai.

Perdana Menteri, Pushpa Kamal Dahal memanggil mesyuarat tergempar dan menggesa agensi keselamatan negara untuk menjalankan operasi menyelamat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button