
UPSI buka bilik gerakan bantu urusan waris pelajar terlibat nahas
GERIK – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengaktifkan bilik gerakan bagi menyelaras bantuan dan menyampaikan maklumat kepada waris pelajar yang terlibat dalam kemalangan tragis di Jalan Jeli–Grik berhampiran Tasik Banding, awal pagi ini.
Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, universiti itu berkata, mereka sedang mengambil tindakan susulan berkaitan insiden tersebut dan memberi komitmen penuh terhadap kebajikan pelajar serta keluarga terlibat.
“Sehubungan itu, pihak universiti memohon seluruh warga UPSI dan masyarakat umum untuk bersama-sama mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.
“UPSI sentiasa prihatin terhadap kebajikan pelajar dan akan memberi bantuan serta sokongan kepada waris,” menurut kenyataan hari ini.
Untuk sebarang maklumat lanjut, waris atau pihak berkepentingan boleh menghubungi bilik gerakan yang diaktifkan melalui Hotline JHEPA: 019-571 9977.
Terdahulu, difahamkan seramai 15 pelajar UPSI disahkan maut, manakala tujuh lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan sebuah kereta.
Bas tersebut membawa 42 pelajar yang dalam perjalanan pulang ke kampus dari Terengganu dan Kelantan selepas menyambut perayaan Aidiladha.
Sebanyak 13 mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua lagi disahkan maut di Hospital Gerik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













