Penggodam Whatsapp Menteri Dalam Negeri guna VPN
KUALA LUMPUR – Penggodam akaun Whatsapp milik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dipercayai menggunakan rangkaian persendirian maya (VPN) luar negara.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, dapatan itu adalah hasil siasatyan awal pihaknya.
“Penggodam menggodam masuk akaun WhatsApp sebelum menghantar pautan URL kepada kenalan di aplikasi WhatsApp.
“Setakat ini tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kerugian, tindakan pantas oleh pegawai-pegawai menteri yang melaporkan segera kejadian itu berjaya mengelakkan mana-mana individu terpedaya,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.
Tambahnya, pihaknya kini sedang menggiatkan usaha mengesan lokasi penggodam terbabit.
“Polis juga (sudah) membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 bagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya lagi.
Laporan media sebelum ini menyebut, Pejabat Menteri Dalam Negeri sebagai berkata, akaun WhatsApp milik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution digodam pihak tidak bertanggungjawab.
Pejabat otu dalam satu kenyataan memaklumkan, perkara serius ini sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan yang selanjutnya.
“Sehubungan itu, kami ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan panggilan ataupun mesej yang mengakui diri dan menyamar sebagai Datuk Seri Saifuddin Nasution, terutamanya jika ada perkara yang membabitkan kewangan atau janji temu untuk berjumpa.
“Kami amat kesal dengan tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap supaya masyarakat tidak mudah terpedaya dengan penipuan sebegini,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







