BERITA SEMASALUAR NEGARA

Jepun saran IPT tempatan bantu pelajar antarabangsa terkesan dasar AS

TOKYO – Kerajaan Jepun menyarankan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan di negara itu supaya mempertimbangkan untuk menerima sementara pelajar yang terjejas susulan keputusan Amerika Syarikat (AS) menghalang pelajar antarabangsa daripada mengikuti pengajian di Universiti Harvard.

Saranan itu dibuat susulan kebimbangan terhadap nasib pelajar Jepun dan pelajar antarabangsa lain di AS berikutan dasar terbaharu pentadbiran Presidennya, Donald Trump.

Menteri Pendidikan Jepun, Toshiko Abe, menegaskan kepentingan melindungi masa depan pelajar yang mempunyai cita-cita dan bakat.

“Kami akan bekerjasama dengan institusi berkaitan dan berusaha sebaik mungkin bagi menjamin hak pendidikan untuk golongan muda yang berbakat,” katanya memetik laporan agensi berita Kyodo.

Baca juga : KPT ikuti rapat isu sekatan pelajar antarabangsa di Universiti Harvard

Isnin lalu, Universiti Tokyo memaklumkan sedang mempertimbangkan untuk menerima pelajar antarabangsa yang terjejas akibat tindakan AS itu.

Sementara itu, Pertubuhan Perkhidmatan Pelajar Jepun (JASSO) akan mengeluarkan maklumat terkini mengenai pendirian setiap universiti dalam memberikan sokongan kepada pelajar terlibat.

Khamis lalu, pentadbiran AS bertindak menarik balik sijil kelayakan Universiti Harvard untuk Program Pelajar dan Pertukaran, sekali gus menghalang universiti itu daripada mendaftarkan pelajar asing baharu, manakala pelajar sedia ada pula berisiko hilang status visa mereka.

Namun, sebuah mahkamah persekutuan di AS telah mengeluarkan perintah sementara yang membenarkan pelajar antarabangsa kekal mendaftar di universiti terbabit sementara kes tersebut disemak semula.

Menurut Kementerian Pendidikan Jepun, ketika ini terdapat 110 pelajar Jepun dan 150 penyelidik dari negara itu di Universiti Harvard.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button