BERITA SEMASADALAM NEGERI

Pesawat Hawk Tergelincir: TUDM jalankan siasatan menyeluruh

KOTA TINGGI – Kementerian Pertahanan mengesahkan satu siasatan telah dimulakan berhubung insiden sebuah pesawat pejuang jenis Hawk yang tergelincir semasa mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah, kelmarin.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menjamin tahap keselamatan operasi semua pesawat Hawk.

“Insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan dan TUDM kini sedang meneliti punca kejadian. Tempoh siasatan akan ditentukan sepenuhnya oleh pihak TUDM,” katanya selepas melancarkan Projek Jana Veteran anjuran Boustead Plantations Berhad di Ladang Telok Sengat, di sini hari ini.

Dalam insiden pada Selasa lalu, pesawat pejuang Hawk 208 milik TUDM mengalami masalah teknikal pada gear pendaratan hadapan menyebabkan ia tergelincir sewaktu melakukan latihan pendaratan.

Latihan tersebut merupakan sebahagian daripada persiapan bagi acara pembukaan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button