Peruntukan RM1 juta Baucar Buku Semarak Membaca 2025 galak budaya ilmu
PUTRAJAYA – Dalam usaha memupuk dan memperkasa budaya membaca dalam kalangan masyarakat, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1 juta dalam kempen Baucar Buku Semarak Membaca 2025.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, insentif itu bertujuan untuk membantu masyarakat dalam pembelian bahan-bahan ilmiah serta menggalakkan perbelanjaan domestik bagi merancakkan lagi industri perbukuan negara.
“Kerajaan Madani sentiasa komited dalam usaha untuk meringankan beban rakyat, terutamanya dalam aspek pendidikan dan akses kepada sumber ilmu.
“Kempen ini merupakan inisiatif oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama antara Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Persatuan Penjual Buku Malaysia dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, pihak kementerian turut berterima kasih kepada platform Shopee sebagai rakan e-dagang rasmi PNM.
“Melalui jalinan kerjasama ini, Shopee telah bersetuju untuk memudahkan penebusan baucar, memperluas akses kepada buku berkualiti dengan harga mampu milik dan menyumbangkan baucar Shopee Live bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia membeli buku.
“Usaha murni ini boleh menjadi contoh kepada syarikat-syarikat lain bagi membentuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.
Untuk memohon baucar buku ini, ia boleh ditebus di Pesta Buku Negeri yang terlibat. Sila rujuk laman web https://semarakmembaca.com/
Seorang hanya boleh menebus satu baucar RM10 dengan perbelanjaan minimum RM20 ke atas bagi buku tempatan sahaja.
Penebusan baucar buku ini bermula dari 22 April sehingga 31 Disember 2025.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








