Husaini wakili Malaysia ke Pertandingan Tilawah al-Quran Antarabangsa di Turkiye
SEPANG – Malaysia terus mengukuhkan penyertaan di pentas antarabangsa apabila seorang qari negara, Mohamad Husaini Mahmur, 31, berlepas ke Turkiye bagi menyertai Pertandingan Tilawah al-Quran Antarabangsa.
Program ini sempena acara 10th International (For Prize Winners) Qur’an Recitation (Tilawat) Competition of Turkiye yang berlangsung dari 23 April hingga 7 Mei 2025.
Husaini merupakan bekas Johan Tilawah al-Quran Antarabangsa pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Kali Ke-64 yang telah berlangsung pada tahun 2024.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu kenyataan di Facebook mengucapkan selamat maju jaya kepada Husaini dan berharap penyertaannya mampu mengharumkan nama Malaysia di peringkat global.
“Selamat maju jaya kepada Saudara Mohamad Husaini Mahmur. Semoga kejayaan mengiringi perjuangannya,” menurut kenyataan itu.
Majlis pelepasan rasmi telah diadakan semalam di Balai Pelepasan Antarabangsa, KLIA Terminal 1 dan disempurnakan oleh dua wakil dari Bahagian Keurusetiaan dan Hubungan Luar JAKIM, Ustaz Muhamad Fadhli Ahmat dan Ustaz Azmi Ismail.
Pertandingan itu menghimpunkan para juara tilawah dari seluruh dunia, menjadikannya antara platform paling berprestij dalam arena seni baca al-Quran peringkat antarabangsa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















