LUAR NEGARA

Tiga lelaki Malaysia ditahan ceroboh perairan Singapura

SINGAPURA – Tiga lelaki warga Malaysia berusia antara 28 hingga 47 tahun ditahan Polis Pengawal Pantai (PCG) Singapura, semalam, kerana disyaki memasuki perairan negara ini secara haram.

Menurut kenyataan polis hari ini, kejadian berlaku sekitar jam 2.05 petang, ketika anggota PCG sedang melakukan rondaan, sebelum sebuah sampan tidak dikenali dikesan di perairan Pulau Sarimbun.

Apabila dihampiri, sampan itu didakwa memecut menuju ke arah perairan Malaysia.

Katanya, pegawai pengawal pantai kemudian mengejar sampan itu yang didakwa melakukan beberapa pergerakan berbahaya, selain melanggar bot PCG sebanyak dua kali sebelum berjaya dihentikan.

“Dua lelaki di atas sampan berkenaan terjatuh ke laut akibat insiden itu, namun berjaya naik semula ke atas sampan,” katanya memetik laporan Bernama.

Seorang anggota PCG dilaporkan mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu.

Selain ditahan kerana menceroboh, lelaki berusia 28 tahun yang mengemudi sampan itu juga disiasat atas dakwaan kesalahan lain, termasuk navigasi secara melulu dan gagal mematuhi arahan pihak berkuasa.

Sampan terbabit dirampas dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button