Berita Semasa

KKM nafi lakukan pemeriksaan alat kelamin pelajar IPTA

IPOH –  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan telah menjalankan pemeriksaan alat kelamin pelajar lelaki di institusi pengajian tinggi (IPT) di Perak seperti yang tular di media sosial.

KKM  memaklumkan, notis edaran yang tertera kepala surat kementerian dan tandatangan Pengarah Bahagian Penyakit Kelamin Berjangkit Cawangan Perak itu adalah palsu.

“Untuk makluman, KKM tidak memiliki cawangan Bahagian Penyakit Kelamin Berjangkit seperti yang ditularkan.

“KKM juga tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat seperti yang disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Justeru, menasihati orang ramai supaya  tidak mempercayai atau menghebahkan maklumat yang tidak sah.

Perkara berkenaan  boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Kami menasihati semua pihak berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum dihebahkan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mendakwa KKM akan melakukan pemeriksaan alat kelamin membabitkan pelajar di IPT awam dan swasta .

Show More

Related Articles

Back to top button