BERITA SEMASA

12 rumah di Kajang dinaiki air akibat hujan lebat

KAJANG – Sebanyak 12 rumah di Kampung Sungai Merab Luar Kajang di sini, dinaiki air akibat hujan lebat yang melanda sejak jam 2 pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.34 pagi.

Beliau berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil dengan enam anggota dihantar ke lokasi kejadian.

“Pasukan operasi mendapati berlaku banjir kilat sedalam empat kaki (kira-kira 1.2 meter) membabitkan 12 rumah.

“Seramai 15 mangsa dibawa keluar oleh pasukan operasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ahmad berkata, pemantauan semasa mendapati paras air di kawasan berkenaan semakin menyusut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button