
Kereta terbabas ke bahu lebuh raya, kanak-kanak maut
IPOH – Seorang kanak-kanak terbunuh manakala dua dewasa tercedera dalam satu kemalangan di KM 264.7 Lebuhraya PLUS hala selatan berhampiran Terowong Menora, semalam.
Menurut Emergency Response Team (ERT) Ops Selamat 24/2025 pihak Pos Kawalan Menora menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 6.45 petang.
“Pasukan penyelamat yang tiba di lokasi kejadian mendapati tiga orang mangsa terlibat dalam insiden tersebut.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dipercayai terbabas ke bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan.
Dua mangsa dewasa, seorang lelaki dan seorang wanita, mengalami kecederaan parah dan telah diberi rawatan awal oleh unit EMRS sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.
Malangnya, seorang kanak-kanak disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM.
Punca kemalangan masih dalam siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








