BERITA SEMASADALAM NEGERI

Program jualan murah Aidilfitri DUN Permatang terima sambutan luar biasa

KUALA SELANGOR – Program Jualan Murah Aidilfitri DUN Permatang yang berlangsung hari ini menerima sambutan luar biasa dengan lebih 800 pengunjung membanjiri perkarangan Pusat Khidmat DUN Permatang sejak awal pagi.

Dalam tempoh hanya tiga jam, sebanyak 2,000 ekor ayam telah habis terjual pada harga RM10 seekor iaitu dengan subsidi sebanyak RM3 diberikan.

Begitu juga dengan tiga ekor lembu dan daging segar dijual pada harga RM35 sekilogram selepas subsidi RM10.

Nurul beramah mesra dengan penduduk setempat yang hadir pada program tersebut.

Selain ayam dan daging, jualan turut merangkumi dua kilogram kerang segar pada harga RM15, menjadikan program itu sebagai salah satu inisiatif paling dinanti-nantikan oleh penduduk setempat.

Lebih menarik, program tersebut bukan sekadar jualan murah semata-mata, tetapi juga membuka peluang kepada penduduk Permatang untuk berniaga.

Gerai jualan turut disediakan untuk peniaga kecil menjual sarung ketupat, ketupat palas dan pelbagai kuih raya sekali gus memberi ruang kepada usahawan tempatan menjana pendapatan menjelang Aidilfitri.

Menurut Ahli Dewan Negeri Permatang, Nurul Noh Omar, program itu bertujuan untuk meringankan beban rakyat dalam membuat persiapan Aidilfitri serta menyokong ekonomi setempat.

“Saya percaya bahawa setiap keluarga berhak menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memastikan rakyat mendapat barangan keperluan pada harga mampu milik, sambil membantu peniaga tempatan meningkatkan pendapatan mereka.

“Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan serta kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

“Insya-Allah, usaha seperti ini akan diteruskan untuk memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terjaga,” kata beliau yang juga Ketua Penerangan Wanita Perikatan Nasional, Ketua Penerangan Srikandi Bersatu Malaysia dan Ketua Bersatu Bahagian Tanjong Karang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button