HIBURAN

Aidilfitri: Kepulangan papar konflik kekeluargaan ibu, anak

SEMPENA sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, Kementerian Perpaduan Negara membawakan sebuah filem pendek bertajuk Kepulangan yang memaparkan kisah kekeluargaan penuh emosi antara ibu dan anak.

Filem ini mengisahkan tentang konflik anak tunggal lelaki bernama Ismail, berusia pertengahan 20-an yang masih tinggal bersama ibunya, Puan Faridah lakonan mantap Rosnah Johari.

Mentaliti masyarakat kita yang kebanyakannya memandang lelaki harus hidup berdikari dan tinggal berasingan daripada ibu dan ayah.

Barisan pelakon Kepulangan yang mewarnai filem pendek sempena Aidilfitri ini.

Konflik tercetus di mana rakan sekerja Ismail kerap mengusiknya yang masih tinggal bersama ibunya.

Mereka yang berasal dari negeri Borneo telah lama merantau dan hidup berdikari, membuatkan ego Ismail tercabar.

Pelakon utama Kepulangan, Izzul Faiq, berkata, watak Ismail amat dekat dengan dirinya.

“Saya sendiri pernah melalui pengalaman ini. Adakalanya desakan orang sekeliling membuatkan ego diri tercabar. Lebih teruk lagi apabila berlaku sengketa yang membuatkan hubungan keluarga diuji,” kata Izzul.

Filem pendek arahan Zaiham Zainal itu menampilkan pelakon lain seperti Lizzy dan Deva selain Ismail dan Faridah.

“Saya merasakan filem pendek ini harus ditonton oleh segenap lapisan masyarakat demi memastikan kita semua menerima mesej utamanya iaitu Faham, Hormat dan Terima.

Reza Shah (kiri) sebagai Felix, Izzul Faiq (tengah) sebagai Ismail dan Hugo Amandus sebagai Richard yang membawakan watak sahabat dalam filem pendek ini.

“Ia bermaksud, kita faham akan kepelbagaian agama di negara ini, kita hormat setiap amalan masyarakat yang berbilang kaum serta kita menerima setiap perbezaan dalam menghormati setiap agama di Malaysia.

“Saya difahamkan idea filem pendek ini merupakan cetusan idea Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang yang sangat menjunjung tinggi perpaduan dan keharmonian dalam kepelbagaian di negara ini,” jelas Izzul.

Kepulangan telah mula ditayangkan melalui saluran RTM, BERNAMA, TVS dan ASTRO.

Selain itu, ia juga boleh ditonton melalui platform media sosial Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang dan Kementerian Perpaduan Negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button