Lagu raya trending, Aliff Syukri berterima kasih pada peminat
BARU dua minggu dimuat naik, duet lagu raya antara Iman Troye dan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman telah mencecah hampir 1 juta tontonan di platform YouTube.
Lirik dan lagu bertajuk Raya Ya Ya itu digarap oleh Mas Dewangga dan Jova Devito serta diterbitkan oleh XO House.
Sehingga kini, ia telah mencatat 975,157 tontonan dan trending pada kedudukan kelima di platform tersebut.

“Alhamdulillah, lagu raya terbaru saya bersama Iman Troye trending. Terima kasih kepada peminat saya. Terima kasih yang menonton.
“Walaupun saya tak pakai baju ketat, tapi ramai juga yang menonton dan ia merupakan lagu raya paling tinggi tontonannya setakat ini,” ujar Aliff Syukri ketika ditemui media di Mahkamah Sesyen Sepang, pagi tadi.
Kehadiran Aliff Syukri di mahkamah tersebut pada pukul 8.55 pagi itu bagi menghadiri keputusan berkaitan pendakwaan empat kes memuat naik kandungan sumbang oleh Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC).
Bagaimanapun, sebutan kes keputusan itu ditangguhkan pada Jumaat ini (14 Mac).
Aliff Syukri turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang menunggu lagu nyanyiannya.
“Terima kasih kerana setia menantikan lagu saya. Karya yang saya buat hanya sebagai hiburan sahaja,” ujarnya lagi.
Mengulas mengenai kes beliau, Aliff Syukri menegaskan dia telah berusaha melakukan yang terbaik.
“Bagi diri saya, memang saya fight apa yang termampu. Menang atau kalah, saya serah pada Allah,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







