MOMOYO lancar produk DINO Series, lagu Raya Lebih Cool
SHAH ALAM – Jenama minuman teh inovatif, MOMOYO memperkenalkan produk terbaharu DINO Series serta melancarkan lagu Raya berjudul Raya Lebih Cool sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba kurang seminggu lagi.
Pengurus Besar MOMOYO Malaysia, Alex Tan berkata, pelancaran tersebut bukan sekadar berkaitan minuman, sebaliknya bertujuan membawa lebih banyak kegembiraan kepada pelanggan melalui produk kreatif yang dihasilkan.
“Melalui produk yang kreatif, MOMOYO berharap dapat membawa lebih banyak kebahagiaan kepada pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, MOMOYO menganjurkan majlis berbuka puasa yang mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
Majlis Berbuka Puasa with MOMOYO itu turut menampilkan persembahan oleh penyanyi Layla Sania dan Ismail Izzani yang membawakan lagu raya berkenaan.

Sementara itu, DINO Series yang diperkenalkan meneruskan identiti kreatif MOMOYO yang unik apabila diinspirasikan daripada elemen koko dan dinosaur.
Siri tersebut menampilkan reka bentuk cawan inovatif jenis koyak buka (tear-cup) yang menyeronokkan serta pengalaman produk yang inovatif, mencerminkan imej jenama yang muda, bertenaga dan kreatif.
Menerusi siri itu, pengguna bukan sahaja dapat menikmati minuman yang lazat, malah turut merasai elemen kejutan dan interaksi yang menyeronokkan.
Dalam majlis yang sama, MOMOYO turut menunjukkan komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat apabila menyumbangkan RM1,888 kepada Stop Human Trafficking (SHUT) bagi menyokong usaha membanteras pemerdagangan manusia serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu tersebut.
Sementara itu, MOMOYO yang membawa maksud ‘More and More Young’ kini berkembang pesat dengan lebih daripada 1,500 kedai di seluruh Asia dan menyasarkan pembukaan 600 cawangan di seluruh negara menjelang musim perayaan.
Produk utama jenama itu mencerminkan komitmen dalam menghasilkan teh buah segar yang autentik, manakala antara rangkaian yang paling mendapat sambutan ialah Fruit Tea dan Ice Cream Series.
Dalam pada itu, MOMOYO turut membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai rangkaian perniagaannya melalui tawaran francais di seluruh Malaysia.
Syarikat berkenaan menyediakan sokongan dan latihan profesional operasi yang memenuhi standard merangkumi pengetahuan produk, penyediaan minuman, peningkatan operasi kedai serta bantuan pemasaran setempat termasuk perancangan promosi di bahagian hadapan premis.
Dengan kos permulaan yang mampu milik serta sokongan menyeluruh daripada MOMOYO, peluang francais tersebut dilihat berpotensi memberikan pulangan yang tinggi dalam industri makanan dan minuman yang semakin berkembang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |



