BERITA SEMASA

Ujian ke atas sampel sandwic ‘ham dan cheese’ diketahui esok

KUALA LUMPUR – Keputusan ujian kimia ke atas sampel produk sandwic ‘ham dan cheese’ yang diragui status halalnya dijangka diketahui esok.

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh.

“Dijangka esok,” katanya ringkas, memetik laporan BH Online, hari ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, keputusan mengenai produk itu akan diumumkan oleh KPDN.

Laporan media minggu lalu menyebut, sampel produk sandwic ‘ham dan cheese’ itu sudah dihantar ke makmal untuk dianalisa, bagi mendapatkan laporan status ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam, dilaporkan sebagai berkata, ujian itu dibuat bertujuan mengesan sama ada terdapat DNA babi dalam produk makanan berkenaan atau sebaliknya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button