
Jalan pantai Kampung Tanjong ditutup akibat hakisan teruk
KUALA NERUS – Laluan pantai Kampung Tanjong, Batu Rakit di sini ditutup kepada orang ramai selepas sebahagian jalan di situ runtuh akibat ombak besar sekitar pukul 9 malam tadi.
Laluan sepanjang 50 meter itu mula runtuh selepas dilanda ombak setinggi kira-kira 2.5 meter dan angin kencang sejak pukul 6 petang.
Keadaan dijangka lebih buruk malam ini apabila ombak dijangka mencecah 2.9 meter dengan angin berkelajuan 40 kilometer sejam.
BH Online melaporkan seawal pagi tadi, pekerja penyelenggaraan telah memasang batu penghadang, tali keselamatan dan papan tanda bagi menutup laluan di kedua-dua arah.
Penduduk tempatan, Khairul Anuar Shamshudin, 43, berkata, hakisan berlaku dengan pantas, memusnahkan bangsal dan jeti nelayan yang kini hanyut ke laut.
“Ahad lalu, hanya sebahagian kecil jalan yang runtuh, tetapi dalam enam hari, hampir separuh jalan sudah hilang.
“Jika tiada tindakan segera, jalan ini akan putus sepenuhnya menjelang musim Monsun Timur Laut yang berakhir Mac nanti,” katanya.
Penduduk turut meluahkan kebimbangan keadaan akan terus memburuk jika masalah ini tidak ditangani segera.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














