LUAR NEGARA

Azerbaijan desak Rusia bayar pampasan, hukum pihak terlibat sebabkan nahas pesawat penumpangnya

ISTANBUL – Azerbaijan mendesak Rusia membayar pampasan dan menghukum pihak yang bertanggungjawab menyebabkan nahas pesawat penumpang negara itu di Kazakhstan.

Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev dalam satu kenyataan di Baku semalam berkata, pesawat Azerbaijan Airlines (AZAL) yang terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan, mengalami kerosakan teruk akibat tembakan dari darat dan hampir kehilangan kawalan disebabkan peperangan elektronik.

“Fakta menunjukkan, pesawat awam Azerbaijan mengalami kerosakan dari luar ketika berada di wilayah Rusia, berhampiran Grozny, dan hampir hilang kawalan.

“Kami juga mengetahui bahawa pesawat itu menjadi tidak terkawal akibat peperangan elektronik,” katanya, menurut agensi Anadolu.

Dalam kejadian Rabu lepas, pesawat penumpang berkenaan yang dalam perjalanan dari Baku ke Grozny di Republik Chechen, Rusia, dilaporkan terhempas tiga kilometer dari Aktau di pantai Laut Kaspia.

Menurut pihak berkuasa Kazakhstan, 38 orang terbunuh dalam nahas melibatkan pesawat Embraer 190 itu yang membawa 67 penumpang itu, sementara 29 lagi terselamat.

Siasatan mengenai insiden ini sedang dijalankan di Azerbaijan dan Kazakhstan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button