Violet Pacific terima Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera 2024
KUALA LUMPUR – Syarikat pengiklanan tempatan, Violet Pacific Sdn Bhd melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai pemenang Bumiputera Business Excellence Award (BBEA) 2024 yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini.
Wakil pengurusan Violet Pacific, Mazhanim Mohamed menyifatkannya sebagai pencapaian besar bagi syarikat tersebut yang telah beroperasi sejak 2019.
“Ini adalah detik yang cukup bermakna buat kami dan anugerah ini adalah hasil usaha keras setiap ahli pasukan, klien, pihak pengurusan serta pemegang-pemegang taruh yang selama ini berdiri bersama kami,” katanya dalam satu kenyataan.
Dengan pengiktirafan itu, Mazhanim berkata, pihaknya akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan sekali gus menjadi pilihan utama dalam perkhidmatan pengikanan dan media di negara ini.
“Ini bukan sekadar pencapaian buat syarikat, tetapi juga untuk industri pengiklanan dan juga komuniti Bumiputera,” tambahnya.
Anugerah yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof itu katanya, melambangkan tonggak baharu dalam sejarah syarikat untuk lebih diyakini sebagai syarikat pengiklanan Bumiputera unggul di seluruh Malaysia.
BBEA 2024 merupakan platform untuk memperkasakan kemajuan serta memberi penghargaan kepada syarikat Bumiputera, perusahaan, usahawan dan personaliti di Malaysia atas pencapaian dan sumbangan mereka kepada industri.
Mengangkat tema ‘Menjuarai Kecemerlangan, Meraikan Kebersamaan’, anugerah itu turut menghimpunkan penggerak komuniti Bumiputera serta mengiktiraf jenama yang berusaha untuk memberi impak dalam industri perniagaan masing-masing.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













