Berita SemasaDalam Negeri

Adik Menteri Wilayah Persekutuan meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada pukul 1.10 pagi Selasa.

Berita sedih itu dikongsikan Dr Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau dalam hantaran pukul 9.30 pagi tadi.

Dr Zaliha yang juga Ahli Parlimen Sekijang, turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai hari yang menyedihkan buat seluruh ahli keluarganya.

Beliau turut mendoakan agar roh adiknya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Adik saya, Shamsiah binti Mustafa telah pergi buat selama-lamanya awal pagi tadi, jam 1.10 pagi.
Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” katanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button