Menangi kereta Perodua Bezza sempena ulang tahun ke-60 PKNS
CYBERJAYA – Sempena ulang tahun ke-60 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), orang ramai berpeluang memenangi sebuah kereta Perodua Bezza 1.0G selepas membeli mana-mana koleksi PKNS Homes bermula 15 Oktober hingga 31 Disember ini.
Justeru itu, orang ramai dijemput untuk memeriahkan PKNS Pilih Karnival Selangor Cyber Valley pada 23 dan 24 November ini di Galeri Jualan Selangor Cyber Valley, Cyberjaya.
Menurut Pengarah Projek PKNS Pilih Karnival Selangor Cyber Valley, Ishak Hashim, karnival berkenaan merupakan inisiatif kempen gaya hidup oleh PKNS Homes pada tahun 2024.
“Pada karnival dua hari ini, orang ramai boleh melihat pameran projek hartanah PKNS iaitu Intana Ria 3, Aludra, Puteri Ariana, Puteri Ariana 2, Puteri Ariana 3 dan Ixora.
“Kesemua projek perumahan itu berkonsepkan kediaman pangsapuri, rumah bandar dan rumah teres dua tingkat sebagai sebahagian daripada usaha PKNS untuk memperluaskan portfolio rumah kontemporari di beberapa lokasi.
“Projek itu bukan sahaja menawarkan kediaman yang memenuhi keperluan gaya hidup masa kini, pembangunan projek perumahan itu turut memberi tumpuan kepada binaan moden berkonsepkan teknologi hijau atau green element,” katanya.
Tambah beliau, selain pameran projek perumahan, orang ramai yang datang bersama keluarga juga boleh membuat tempahan pembelian rumah di fasa-fasa berkenaan.
Pada masa yang sama, pengunjung karnival tersebut urut berpeluang memenangi hadiah bernilai RM15,000 berupa motosikal, basikal serta skuter elektrik menerusi cabutan bertuah.
“Turut diadakan, pertandingan Street Soccer yang menawarkan hadiah wang tunai RM2,000 bagi juara, manakala naib juara bakal membawa pulang tunai RM1,000.
“Bagi tempat ketiga dan keempat, masing-masing akan mendapat RM800 serta RM600,” katanya dalam satu kenyataan.
Memeriahkan lagi karnival dua hari berkenaan, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi terkenal tanah air iaitu Mus May, Azmi Caliph Busker dan Haiza.
Tidak terkecuali, pertandingan mewarna kanak-kanak, Soopa Doopa, Zoo Mini, gerai jualan makanan dan minuman, food truck dan “Decathlon Healing Port” turut disediakan oleh Decathlon D’Pulze Cyberjaya.
“Pengunjung turut berpeluang menerima baucar Decathlon pada dua hari karnival dijalankan.
“Pengunjung juga boleh menyertai acara Libas Takraw Challenge, Penalti Challenge, Timbang Bola Challenge dan Basketball Hoop selain permainan uji minda bertema Sambung Lirik Lagu, Teka Apa Atas Kepala, Wheel Of Fortune, Minute To Win It dan Family Feud turut diadakan.
“Saringan kesihatan percuma juga disediakan Selcare seperti rundingan kesihatan, pemeriksaan BMI, pemeriksaan gula dalam darah dan tekanan darah, pemeriksaan fizikal, fisioterapi percuma dan potongan harga sehingga 50 peratus untuk produk kesihatan seperti vitamin dan makanan kesihatan tambahan,” ujarnya.