Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Ahli farmasi Malaysia maut ditikam di Melbourne

MELBOURNE – Seorang ahli farmasi warga Malaysia yang berkhidmat di negara ini ditemui mati dipercayai ditikam oleh seorang gelandangan yang mengidap masalah mental di Bellfield, Timur Laut Melbourne, petang Rabu lalu.

Mangsa dikenali sebagai Leong ‘KC’ Kum Chuan, 29, ditemui mati di blok pangsapurinya oleh rakan sekerjanya selepas tidak hadir ke tempat kerja.

Kakitangan Eastern Health yang berkhidmat sejak 2021 itu dilaporkan baru mendiami pangsapuri yang dibelinya itu kira-kira enam bulan lalu.

Media tempatan melaporkan, semakan kamera litar tertutup mendapati Kum Chuan diserang oleh suspek dikenali Simon Hunter, 54, yang mengidap Skizofrenia.

Kematian Kum Chuan disifatkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Eastern Health, David Plunkett sebagai kehilangan besar kepada warga Eastern Health dan komuniti setempat.

Walaupun masih baru dalam bidang itu, Kum Chuan dikenali dengan sikap ramah, berpengetahuan dalam bidangnya dan mempunyai daya kepemimpinan yang baik.

Susulan kejadian itu, keluarga mangsa dari Malaysia dilaporkan telah hadir untuk urusan dengan pihak berkuasa.

Sementara itu, suspek, Simon Hunter, 54, didakwa di mahkamah di sini atas pertuduhan membunuh ahli farmasi muda itu, Khamis lalu.

Perbicaraan bagaimanapun ditangguhkan kerana tertuduh mengalami masalah mental yang serius dan dikatakan tidak mengambil ubat penenang sejak dua minggu.

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button