Berita SemasaPM X

Kerajaan bangunkan pelan perancangan spatial marin Malaysia – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk membangunkan pelan perancangan spatial marin Malaysia bagi memacu pelaksanaan Ekonomi Biru dan tadbir urus kelautan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-46 yang beliau pengerusikan dan menambah, pembangunan itu akan dapat meningkatkan potensi lautan negara.

“Kerajaan yakin pembangunan dasar yang jelas ini akan membolehkan potensi lautan negara dapat dioptimumkan sebagai sumber ekonomi negara di samping meningkatkan keyakinan pelabur terhadap prospek pelaburan di Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, semalam.

Perdana Menteri kemudiannya menambah, mesyuarat sama turut bersetuju untuk terus memperkasa pembangunan infrastruktur mesra orang kurang upaya (OKU) di setiap bangunan dan tempat awam.

“Ini selaras dengan prinsip MADANI yang menekankan konsep inklusiviti bagi memastikan tiada kelompok yang diabaikan dalam menikmati pembangunan Malaysia,” kata Anwar lagi.

Mesyuarat ini merupakan platform perbincangan penting antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam meneliti perkara terkait perancangan pembangunan bandar, desa dan guna tanah negara untuk dimanfaatkan secara bersama.

Show More

Related Articles

Back to top button