Berita Semasa

Adly lawat PU Gong Kedak

Pastikan kebajikan anggota TUDM terpelihara

JERTIH – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari hari ini mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Gong Kedak, dekat sini bagi mendapatkan gambaran yang jelas pengoperasian pangkalan operasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Lawatan tersebut dibuat bagi beliau meninjau sendiri keadaan skuadron pesawat pejuang serta elemen-elemen sokongan dalam melaksana tugas operasi mereka.

Selain itu, lawatan kerja ini merupakan agenda utama Adly selaku Timbalan Menteri Pertahanan dalam memastikan aspek kebajikan anggota TUDM terpelihara, selain memastikan kesiagaan pertahanan udara sentiasa di tahap yang tinggi.

Sewaktu lawatannya, Adly diberikan taklimat oleh Komander PU Gong Kedak, Kolonel Mohd Norazan Othman TUDM berkenaan rutin pengoperasian udara melibatkan kawasan operasi pangkalan berkenaan dalam memastikan keselamatan ruang udara negara.

Hadir sama, Panglima Wilayah Udara 1, Mejar Jeneral Datuk Mahadzer Amin TUDM.

Beliau kemudian turut dibawa melawat Hangar Nombor 12 Skuadron sebelum bergerak ke MATRA 3 untuk melihat pengoperasian Automated Storage Retrieval System (ASRS) yang digunakan TUDM bagi memohon dan memesan alat ganti atau peralatan sistem pesawat.

Selain itu, Adly turut dibawa melawat bangunan simulator yang digunakan untuk melatih juruterbang pesawat Sukhoi , sebelum dipersembahkan dengan demonstrasi terbang lintas pesawat melibatkan Pesawat SU-30MKM di Pandang Puteri.

Sejurus kemudian, Adly turut menziarahi dan menyampaikan sumbangan kebajikan kepada dua anak anggota TUDM yang menghidap penyakit kronik dan cedera dalam kemalangan.

Turut berlangsung, majlis penyampaian sumbangan kebajikan kepada 10 orang penerima sumbangan termasuk sumbangan pembaikan sistem

pembesar suara bagi kemudahan Masjid Ar Raudhah PU Gong Kedak.

Show More

Related Articles

Back to top button