Luar Negara

Prabowo angkat sumpah Presiden Indonesia ke-8

JAKARTA: Bekas Jeneral Tentera Nasional Indonesia (TNI), Prabowo Subianto hari ini mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia yang kelapan.

Prabowo,73, mengangkat sumpah di Parlimen sebelum menuju ke Istana Presiden di mana Joko Widodo atau Jokowi akan menyerahkan tampuk pemerintahan selepas sedekad berkuasa.

Prabowo kemudian akan berarak antara parlimen dan istana presiden bagi menyampaikan ucapan kepada penggubal undang-undang.

Puluhan ribu rakyat Indonesia dijangka berbaris di jalanan ketika beliau menjadi pemimpin kelapan Indonesia sejak negara itu mencapai kemerdekaan daripada penjajah Belanda pada 1945.

Beliau dijangka komited dengan dasar luar negara Indonesia yang mengamalkan konsep tidak berseutu dengan mana-mana negara, tetapi memberi isyarat akan lebih berani di pentas dunia.

Beliau menjadikan China sebagai negara pertama untuk lawatan rasmi luar negara selepas pemilihannya lapan bulan lalu.

Prabowo kemudian memulakan lawatan ke 12 negara lain termasuk Russia, Arab Saudi dan Australia, di mana beliau menandatangani perjanjian keselamatan penting.

Beliau juga akan mewarisi ekonomi terbesar Asia Tenggara dan rizab nikel terbesar di dunia, menerajui negara berpenduduk 280 juta, yang mana kira-kira separuh daripadanya berumur di bawah 30 tahun.

Show More

Related Articles

Back to top button