BERITA SEMASAPMX

KSN ketuai jawatankuasa pegawai kanan penganjuran ASEAN 2025

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai-pegawai Kanan di bawah mekanisme Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi penganjuran ASEAN 2025.

Pelantikan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Khas Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 semalam.

Di dalam mesyuarat itu, Anwar menegaskan keperluan untuk semua pihak membuat persediaan rapi bagi memastikan persidangan itu berlangsung dengan sempurna.

“Penyelarasan peranan dan tanggungjawab setiap kementerian, agensi serta entiti kerajaan perlu berada di tahap terbaik dan memberikan kerjasama menyeluruh.

“Tumpuan khusus adalah memperkemas dan mempertingkatkan persiapan logistik bagi menjaga imej Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya.

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di Parlimen Malaysia, semalam.

Mesyuarat Khas Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 yang dihadiri anggota Jemaah Kabinet dan semua agensi berkaitan yang bertujuan memperhalusi tahap persediaan negara menjelang permulaan tugas Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN secara rasmi pada 1 Januari 2025.

Malaysia bersetuju menerima Kepengerusian ASEAN seterusnya di Laos, Jumaat lalu.

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button