Penyelam wanita lemas ketika menyelam di Pulau Tenggol
DUNGUN – Seorang penyelam wanita meninggal dunia ketika melakukan aktiviti selam skuba di tapak selaman Tokong Timur di Pulau Tenggol, di sini semalam.
Mangsa Nur Atiqah Emelia Shubli, 33, yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Dungun.
Ketua Polis Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, mangsa sebelum itu bersama 28 penyelam lain melakukan aktiviti selam skuba bersama dua lagi guide (dive master) kira-kira pukul 9 pagi.
“Bagaimanapun ketika semua penyelam sudah timbul di permukaan, mangsa tidak dapat dikesan.
“Pencarian oleh dua orang guide akhirnya menemui mangsa di dasar laut sebelum dia dibawa naik ke atas bot untuk diberi bantuan pernafasan,” katanya.

“Mangsa disahkan meninggal dalam perjalanan ke Hospital Dungun sebelum mayatnya dibawa ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut.
“Bedah siasat akan dilakukan pagi ini bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








