
JAIS pantau semua sekolah agama, pusat tahfiz
SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menubuhkan pasukan siasatan bagi memantau dan menyiasat sekolah-sekolah agama dan pusat tahfiz di seluruh negeri bagi mengesan sebarang bentuk pengabaian dan eksploitasi.
Pasukan khas yang dipengerusikan Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad itu adalah antara usaha kerajaan negeri bagi menjamin kesucian Islam daripada anasir jahat dan menyesatkan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, JAIS kini telah memulakan semakan ke atas sekolah agama dan pusat tahfiz sama ada yang mendaftar atau sebaliknya.
“Kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk menarik lesen operasi dan mengenakan penguatkuasaan tegas terhadap mana-mana pusat tahfiz atau sekolah agama yang terbabit dengan unsur berkenaan.
“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), JAIS atas tindakan tegas dan segera dalam menangani perkara ini.
“Saya berharap agar siasatan diteruskan secara professional dan tindakan tegas segera diambil untuk kesalahan-kesalahan yang berjaya dibuktikan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti atau kejadian yang tidak mematuhi undang-undang boleh menghubungi talian 1800 88 2424.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















