Jenayah & Mahkamah

Kanak-kanak berusia 1 tahun 6 bulan maut ditekup, dicekik ibu sendiri

SEPANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 1 tahun 6 bulan maut selepas disyaki ditekup dan dicekik oleh ibunya sendiri di sebuah kondominium di Cyberjaya di sini pada 12 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek yang berusia 20 tahun dan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta ditahan bersama teman lelakinya

Katanya, dalam keterangan awal suspek mendakwa mangsa terjatuh dari sofa sebelum dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan.

“Sekitar jam 11.30 pagi doktor berkenaan telah menerima seorang pesakit kanak-kanak lelaki berusia satu tahun enam bulan yang dihantar oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Hasil pemeriksaan awal, doktor berkenaan mendapati ada pendarahan di kedua-dua belah anak mata yang berkemungkinan disebabkan oleh penderaan dan pesakit berada dalam keadaan kritikal,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Kamarul berkata, pihaknya menerima laporan daripada pasukan perubatan Hospital Cyberjaya pada Ahad selepas kanak-kanak malang berkenaan meninggal dunia setelah tiga hari menerima rawatan.

Sejurus menerima laporan, polis cuba menghubungi kembali ibu mangsa yang juga suspek utama, namun gagal malah wanita itu juga tiada di alamat kediaman yang diberikan.

Sementara itu, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Sepang esok untuk didakwa.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button