Luar Negara

Hamas umum mulakan proses pilih pengganti Ismail Haniyeh

GAZA – Hamas mengumumkan bahawa kepimpinannya sudah memulakan proses untuk memilih ketua biro politik yang baharu selepas pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran, Rabu lepas.

Agensi Anadolu melaporkan, pergerakan itu sudh memulakan proses rundingan peringkat dalaman bagi tujuan itu.

“Susulan kematian pemimpin kami (Ismail Haniyeh), kepimpinan pergerakan memulakan proses rundingan dalam kalangan kepimpinan dan institusi penasihatnya bagi memilih ketua baharu untuk pergerakan ini,” kata laporan itu.

Menurut kenyataan Hamas, pembunuhan Ismail akan hanya menjadikan Hamas dan penentangan Palestin lebih kuat dan lebih berazam untuk meneruskan tindakannya.

Hamas berkata, pihaknya akan mengumumkan hasil rundingan sebaik sahaja selesai.

Ismail Haniyeh dibunuh pada awal pagi Rabu lepas (waktu tempatan) selepas menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian.

Pengawal peribadi Haniyeh turut terbunuh dalam kejadian itu.

Show More

Related Articles

Back to top button