Luar Negara

Pengarah Perkhidmatan Rahsia AS letak jawatan

WASHINGTON – Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS), Kimberly Cheatle akhirnya meletak jawatan setelah menerima tekanan berhubung cubaan bunuh calon presiden parti Republikan, Donald Trump.

Laporan NBC News semalam berkata, Cheatle dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai peletakan jawatannya lewat pagi ini, menurut laporan itu yang memetik dua sumber penguat kuasa undang-undang.

Menurut sumber dalaman, Cheatle telah menghantar emel kepada semua kakitangan Perkhidmatan Rahsia memaklumkan keputusannya itu.

“Saya bertanggung jawab penuh terhadap kepincangan keselamatan yang terjadi.

“Oleh yang demikian, dengan penuh rasa tanggung jawab, saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan,” katanya dalam emel tersebut.

Peletakan jawatan itu dibuat selepas beliau disoal siasat oleh penggubal undang-undang Dewan Perwakilan AS pada Isnin mengenai kegagalan agensi itu untuk menjamin keselamatan perhimpunan Trump pada 13 Julai lalu di Butler, Pennsylvania.

Show More

Related Articles

Back to top button