Luar Negara

Wilayah Gujerat berdepan wabak virus Chandipura

NEW DELHI – Wilayah Gujarat di India kini berdepan jangkitan virus Chandipura dengan 13 kes baharu dengan lima kematian dilaporkan, semalam.

Menurut laporan portal berita NDTV, jumlah jangkitan yang disahkan dan disyaki di wilayah tersebut meningkat kepada 84 setakat ini, manakala jumlah kematian bertambah kepada 32.

Virus Chandipura boleh menyebabkan demam dan gejala menyerupai selesema.

Bagaimanapun, kes yang serius boleh melibatkan ensefalitis akut (keradangan otak).

Penyakit itu disebarkan oleh Vesiculovirus daripada keluarga Rhabdoviridae.

Ketika wabak itu tercetus di tengah India pada 2003 hingga 2004, ia menyebabkan kadar kematian antara 56 hingga 75 peratus dalam kalangan pesakit di wilayah terjejas seperti Andhra Pradesh dan Gujarat.

Buat masa ini, kerajaan telah memulakan beberapa langkah untuk mengawal jangkitan virus tersebut yang disebarkan menerusi vektor seperti nyamuk, kutu dan lalat pasir.

Pasukan jabatan kesihatan turut menjalankan pengawasan di sekitar 19,000 isi rumah dan menyembur ubat pembasmi kuman pada 116,000 rumah di kawasan terjejas, demikian menurut kenyataan jabatan kesihatan.

Show More

Related Articles

Back to top button