Jenayah & Mahkamah

Gara-gara mabuk, rakan serumah ditikam 11 kali

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera parah selepas ditikam sebanyak 11 kali oleh rakan serumahnya di Desa Mentari, Sungai Way, Petaling Jaya, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, pihak polis menerima maklumat pada jam 5.45 pagi tadi daripada orang awam tentang kejadian seorang lelaki warga tempatan dalam keadaan berlumuran darah di tingkat 5, Perumahan Desa Mentari, Sungai Way.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, sebaik pihaknya tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati terbaring berlumuran darah di kawasan ruang tamu rumah dengan kesan kecederaan 11 tikaman pisau.

“Pada masa sama, pihak polis turut menemui seorang lagi lelaki tempatan yang disyaki suspek kejadian ini telah tingkat bawah kawasan rumahnya.

“Dia (suspek) dipercayai cuba untuk melarikan diri dengan melompat melalui tingkap dapur dari tingkat 5 rumahnya sebelum didapati mengalami cedera akibat patah pada bahagian pinggang dan rusuk kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahrulnizam berkata, mangsa dan suspek telah dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Katanya, pihak polis berjaya merampas sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian tersebut dan semakan mendapati kedua-dua mereka tidak mempunyai rekod jenayah atau rekod dikehendaki polis.

“Setakat ini kita percaya motif kejadian ini adalah disebabkan pertengkaran ketika dalam keadaan mabuk.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara, denda dan sebatan,” katanya.

Orang ramai atau saksi kejadian ini diminta untuk menghubungi Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, ditalian 03-79662222.

Show More

Related Articles

Back to top button