Berita SemasaSukan

Copa America 2024: Pemain Uruguay bertempur dengan penyokong Colombia selepas tersingkir

NORTH CAROLINA – Beberapa barisan pemain pasukan bola sepak Uruguay dilaporkan terlibat dalam satu pertempuran dengan penyokong Colombia selepas mereka tersingkir daripada separuh akhir Copa America sebentar tadi.

Insiden tersebut berlaku selepas Uruguay tewas tipis 0-1 kepada Colombia dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Bank of America.

Antara pemain yang dilihat terlibat dalam pertempuran tersebut ialah bintang penyerang Liverpool, Darwin Nunez.

Pertembungan antara kedua-dua pihak dilihat berlaku di tempat duduk penyokong, sejurus selepas tamatnya perlawanan.

Perlawanan yang penuh dengan ketegangan itu menyaksikan Uruguay gagal mara ke final Copa America berikutan jaringan tunggal oleh pemain Colombia, Jefferson Lerma, pada minit ke-39.

Kekalahan tersebut mengecewakan ramai peminat dan penyokong Uruguay yang berharap pasukan mereka dapat menjuarai kejohanan berprestij itu.

Setakat ini, pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden pertempuran tersebut.

Namun, beberapa saksi mendakwa kejadian bermula apabila penyokong Colombia mula bertindak agresif terhadap ahli keluarga pemain Uruguay yang berada di tempat duduk penyokong.

Show More

Related Articles

Back to top button