Dua ekor gajah sertai Perarakan Komuniti Taiping: Sambutan Ulang Tahun Ke-150
TAIPING – Penduduk dan pengunjung Taiping dijemput untuk memeriahkan Program Perarakan Komuniti Taiping yang akan berlangsung pada Sabtu, 13 Julai, bermula pada pukul 6.45 pagi di Padang Esplanade dan pelepasan di Dataran Warisan, Taiping.
Salah satu tarikan utama perarakan kali ini adalah penyertaan dua ekor gajah berhias, menjadikan acara ini unik dan menarik perhatian ramai.
Selain itu, sebanyak 50 kontingen, termasuk badan beruniform, agensi kerajaan, persatuan, dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) akan turut serta dalam perarakan ini.
Perarakan akan melalui laluan Padang Esplanade, Dataran Warisan Taiping, Jalan Taming Sari, Jalan Idris, Jalan Kota, dan kembali ke Dataran Warisan.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri kemeriahan dan keindahan perarakan ini yang diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Taiping ke-150.
Selain perarakan, terdapat juga persembahan pancaragam sekolah dari sekolah-sekolah sekitar Taiping yang akan menghiburkan semua yang hadir.