Copa America 2024: Darwin Nunez pimpin kemenangan besar Uruguay
NEW YORK – Penyerang sensasi Liverpool, Darwin Nunez mencetak dua gol pada separuh masa pertama untuk memimpin Uruguay dengan kemenangan 5-0 ke atas Bolivia dalam saingan Copa America.
Keputusan itu meletakkan Uruguay unggul dalam Kumpulan C serta layak ke peringkat kalah mati.
Jaringan daripada pemain muda Manchester United, Facundo Pellistri, mengatur rentak untuk Darwin Nunez menambah lagi jaringan pada minit ke-21.
Skuad kendalian Marcelo Bielsa mendominasi penuh perlawanan daripada setiap aspek dan tidak memberi ruang buat Bolivia untuk bangkit.
Kemudian, pada minit ke-76 Maxi Araujo berjaya menghantar bola melepasi garisan gol Bolivia.
Lima minit kemudian, bintang Real Madrid, Federico Valverde mencetak nama sebagai penjaring serta bintang Tottenham Hotspurs, Rodrigo Bentancur turut menjaringkan gol untuk melengkapkan kemenangan besar 5-0 Uruguay.
Uruguay akan menentang tuan rumah, Amerika Syarikat dalam aksi terakhir peringkat kumpulan pada 2 Julai ini.