Dua suspek ditembak mati
BUTTERWORTH – Dua lelaki disyaki penjenayah ditembak mati dalam kejadian di Jalan Permatang Baru, Sungai Lokan, di sini, kira-kira pukul 2 pagi tadi.
Terdahulu, pihak polis mengesan sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki dua lelaki, masing-masing berusia 41 dan 54 tahun, dalam keadaan mencurigakan di persimpangan Jalan Pokok Sena menghala Jalan Permatang Baru.
Bagaimanapun, suspek terus memecut laju sebelum bertindak melepaskan beberapa das tembakan apabila diminta memberhentikan kenderaan.
Anngota polis kemudiannya terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri sebelum kedua-dua suspek ditemukan berlumuran darah dan meninggal dunia di lokasi.
Polis turut menemukan dua pucuk pistol serta peluru di dalam kereta yang dinaiki suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.
Difahamkan, kedua-dua suspek berkenaan mempunyai sekurang-kurangnya 12 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





