
Saya ada masa 21 hari untuk teliti status 6 Ahli Parlimen BERSATU – Speaker
KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan beliau mempunyai 21 hari untuk membuat keputusan berhubung kedudukan enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diarah mengosongkan kerusi selepas menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Johari berkata, mengikut undang-undang beliau mempunyai tempoh 21 hari untuk memutuskan perkara itu selepas menerima notis pemakluman daripada Ketua Whip BERSATU yang juga Naib Presidennya, Datuk Dr Ronald Kiandee pada Jumaat lalu.
“Saya baru dapat surat Jumaat lepas daripada Beluran (Datuk Dr Ronald Kiandee). Mengikut undang-undang saya ada 21 hari untuk mengkaji.
“Insyallah jika saya dapat jawapan saya akan maklumkan, jadi harap bersabar, saya ada 21 hari untuk meneliti,” katanya selepas menghadiri Majlis Pameran Seni Sempena Ulang Tahun ke 65 hubungan diplomatik Malaysia-Romania di Parlimen hari ini.
Enam Ahli Parlimen BERSATU yang menyokong Anwar sebelum ini ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).
Kekosongan luar jangka itu berlaku selepas pindaan perlembagaan BERSATU yang membolehkan parti itu mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen yang bertindak memberi sokongan kepada pihak lawan.
Pindaaan itu sebelum ini diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








