Jenayah & Mahkamah

Lelaki tikam mati isteri kerana tuntut cerai direman tujuh hari

BATU GAJAH – Seorang lelaki yang disyaki telah membunuh isterinya di sebuah hotel di sini semalam, direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 27 Jun.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret, Azlin Zeti Zainal Abidin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad dilaporkan berkata, suspek disyaki membunuh mangsa yang berusia 32 tahun kerana tidak puas hati selepas wanita itu meneruskan tuntutan fasakh.

Jelas beliau, sebilah pisau serta mayat mangsa ditemui di bilik hotel itu dengan kesan tikaman.

Semalam, media melaporkan lelaki berusia 36 tahun itu menyerah diri di balai polis jam 2 petang selepas membunuh isterinya di bilik sebuah hotel di Jalan Pejabat Pos, di sini.

Show More

Related Articles

Back to top button