SUKANBERITA SEMASA

Euro 2024: Jerman pasukan pertama ke pusingan kalah mati, tewaskan Hungary 2-0

STUTTGART – Jerman pasukan pertama berjaya ke pusingan kalah mati Euro 2024 selepas menewaskan Hungary 2-0 dalam perlawanan kedua kumpulan A yang berlangsung di MHP Arena, malam tadi.

Jamal Musiala sekali lagi menjaringkan gol untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-12, memberikan Jerman kelebihan 1-0 pada separuh masa pertama.

Hungary pula sering menghadirkan ancaman melalui serangan balas pantas, berjaya menyamakan kedudukan sebaik sahaja bermula separuh masa kedua pada minit ke-47.

Namun, gol tersebut dibatalkan oleh pengadil selepas pemeriksaan VAR mendapati pemain mereka berada dalam kedudukan ofsaid.

Kemudian, pemain tengah Jerman, Ikay Gundogan akhirnya menggandakan jaringan pada minit ke-66 selepas mengambil peluang dari hantaran cantik Maximilian Mittelstadt.

Gol tersebut memastikan Jerman selesa dengan kelebihan 2-0 sehingga wisel penamat.

Kemenangan itu bukan sahaja mengesahkan tempat Jerman ke pusingan seterusnya, malah menamatkan badi kemenangan berdepan Hungary setelah tiga perlawanan terakhir mereka hanya mencatatkan dua keputusan seri dan satu kekalahan.

Hungary kini tewas dalam kedua-dua perlawanan Kumpulan A, gagal mengumpul sebarang mata.

Mereka akan menentang Scotland pada Isnin depan untuk mengharapkan peluang ke pusingan seterusnya pada perlawanan terakhir.

Sementara itu, anak buah Julian Nagelsmann kini boleh memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi pusingan kalah mati.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button