Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Ibu bapa Zayn Rayyan dibawa ke lokasi untuk lakonan semula

PETALING JAYA – Selepas disambung reman untuk siasatan pada Jumaat lalu, kedua-dua ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan hari ini dibawa ke lokasi mayat anak mereka ditemukan.

Kedua-dua mereka tiba di kawasan Apartment Idaman di Damansara Damai di sini pada pukul 10.15 pagi tadi dengan menaiki van polis.

Media difahamkan, suspek dibawa ke lokasi kejadian iaitu di aliran anak sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari kediaman mereka untuk melakonkan semula kejadian.

Turut kelihatan sekumpulan anggota polis yang membawa patung kanak-kanak yang dipercayai untuk tujuan yang sama (lakonan).

Mahkamah Majistret sebelum ini membenarkan tahanan reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan disambung bagi membolehkan siasatan diteruskan.

Tahanan itu turut mendapat bantahan daripada ahli keluarga ibu bapa Zayn yang mendakwa kedua-dua mereka difitnah dalam siasatan itu.

Suami isteri yang masing-masing berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mereka ditahan di sekitar Puncak Alam, 31 Mei lalu.

Mayat Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di sebatang anak sungai berhampiran kediaman mereka pada 6 Disember tahun lalu, kira-kira pukul 10 malam.

Show More

Related Articles

Back to top button