SUKAN

Islam kekalkan tali pinggang lightweight UFC, tewaskan Poirier

NEW JERSEY – Petarung seni bela diri campuran (MMA), Islam Makhachev mempertahankan tali pinggang lightweightnya buat kali ketiga selepas berjaya menumpaskan Dustin Poirier dalam pertarungan UFC 302 pagi tadi.

Islam yang turun rekod 26-1-0 menang pada pusingan kelima menerusi kuncian serentak pada bahagian tangan dan kepala Poirier.

Sepanjang pertarungan tersebut, Islam mendominasi saingan bermula pada pusingan pertama hingga pusingan kelima dengan mempamerkan pelbagai teknik termasuk kimura.

Walau bagaimanapun, Poirier yang mendapat sokongan padu peminat termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump cuba sedaya upaya menumpaskan Islam.

Pada pusingan kelima, kedua-dua mereka menampilkan aksi seimbang, namun Islam dengan pengalaman gusti menjatuhkan Poirier sebelum melakukan D’Arce Choke untuk meraih kemenangan.

Selepas diumumkan sebagai pemenang, Islam berkata, bahawa dia sudah bersedia untuk beralih ke divisyen Walterweight untuk status juara berganda.

“Apa lagi yang saya mahukan dalam divisyen saya? Saya mahu tali pinggang baharu, lebih bagus kalau ada yang baharu,” katanya selepas pertarungan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button