
LUAR NEGARA
Kumpulan Houthi serang USS Eisenhower
SANA’A – Kumpulan Houthi menumumkan pihaknya telah melancarkan serangan ke atas kapal pengangkut Amerika Syarikat (AS), USS Eisenhower di Laut Merah, hari ini.
Serangan itu diumumkan jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree, sebentar tadi.
“Susulan serangan udara oleh tentera AS dan United Kingdom (UK) ke atas Sana’a, Hodeidah dan Taiz awal pagi tadi, kami telah melancarkan serangan ke atas kapal pengangkut Eisenhower,” katanya dalam pengumuman yang disiarkan di televisyen tempatan tersebut.
Difahamkan, serangan itu dilaksanakan menggunakan peluru berpandu balistik dan dan krus.
Serangan itu merupakan tindak balas terhadap serangan udara di tiga wilayah Yemen pagi tadi yang mengorbankan 58 nyawa.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








