Luar Negara

17 termasuk 9 murid maut dalam banjir di Oman

MUSCAT – Sekurang-kurangnya 17 orang termasuk 9 pelajar sekolah maut dalam kejadian banjir susulan hujan lebat yang melanda negara ini sejak dua hari lalu.

Laporan pihak berkuasa memaklumkan, kebanyakan daripada mangsa terlibat dalam kemalangan kenderaan yang dihanyutkan arus.

Ketika operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, lima mangsa dilaporkan masih hilang dalam banjir yang melanda bahagian timur laut negara itu.

Semalam, tiga mayat termasuk seorang kanak-kanak berjaya ditemukan.

Sementara itu, Pusat Amaran Awal Kecemasan Kebangsaan meramalkan hujan lebat yang bermula sejak dua hari lalu akan berterusan sehingga esok.

Kerajaan Oman juga mengumumkan darurat dan menggantung sementara operasi pejabat kerajaan dan swasta di Musandam, Al Buraimi, Al Dhahirah dan Al Dakhiliyah.

 

Show More

Related Articles

Back to top button