
‘Kita minta dia naik banner minta maaf tapi banner lain dia naikkan’
CYBERJAYA – Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr. Muhammad Akmal Saleh dengan sinis ‘menegur’ pengurusan sebuah premis KK Mart di Melaka kerana melakukan kesalahan memasang banner tanpa permit pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sah.
Dr Muhammad Akmal berkata demikian dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini.

“Kita minta dia naik banner minta maaf tapi banner lain dia naikkan.
“Naikkan banner tanpa permit dari PBT dan kebenaran YAB Ketua Menteri (Datuk Seri Ab Rauf Yusoh) untuk meletakkan gambar beliau pula tu.
“Maka kita minta PBT jalankan penguatkuasaan mengikut undang-undang yang sedia ada,” kata Dr. Muhammad Akmal.
Hantaran tersebut turut mengandungi beberapa gambar yang menunjukkan anggota penguatkuasaan menurunkan banner ‘Jualan Ihsan Rahmah Berkat, Tahun Melawat Melaka 2024’ yang dipasang oleh sebuah kedai serbaneka KK Mart.
Dr. Muhammad Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO kemudiannya berkata, KK Mart yang diselubungi kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah boleh melakukan apa sahaja namun beliau akan tetap meneruskan seruannya memboikot perniagaan berkenaan.
“Buatlah jualan apa sekali pun, juallah barang murah macam mana sekali pun,kami tetap dengan pendirian kami dengan kekal #boikotKKmart
“Kami ada maruah yang bukan boleh dibeli! Terima kasih PBT negeri Melaka atas tindakan yang pantas,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








