Berita Semasa

Pekerja ladang sawit maut digilis traktor

GUA MUSANG – Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Thailand maut selepas digilis traktor yang diletakkan di tepi jalan di Felda Aring 5, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang memunggah buah kelapa sawit masuk ke traktor berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendent Sik Choon Foo berkata, mangsa dikenali sebagai Puruekan Kachi, 36, digilis tayar hadapan traktor dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang, Sabtu.

“Kemalangan dipercayai berlaku kerana brek tangan traktor tidak ditarik dengan sempurna menyebabkan ia bergerak dan melanggar mangsa. Mangsa dipercayai tercampak ke depan sebelum digilis kenderaan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo berkata, mangsa yang cedera dibawa ke pejabat ladang untuk diselamatkan namun disahkan meninggal dunia pada 4.50 petang oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Chiku.

Beliau berkata, mayat lelaki itu dibawa ke bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Show More

Related Articles

Back to top button