Harga lantai siling padi dicadang dinaikkan kepada RM1,500 setiap tan – Syed Hussin
CYBERJAYA – Pasukan Petugas (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Negara bagi Kos Sara Hidup (NACCOL) mencadangkan supaya harga lantai siling padi dinaikkan daripada RM1,300 kepada RM1,500 setiap tan.
Ketua Task Force Pemantauan Kluster Makanan, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, sehubungan itu pihaknya akan membawa isu itu pada mesyuarat NACCOL, Selasa ini.
Beliau berkata, cadangan itu bertujuan untuk menjamin harga Beras Putih Madani dijual pada harga RM30 berbanding RM40 sekampit (10 kg)
“Bila kenaikan pembelian padi berlaku, maka kos-kos input pertanian seperti baja, bajak dan sebagainya turut meningkat.
“Pengilang tak boleh beli padi RM1,700 untuk jual RM30, pengilang boleh beli pada harga RM1,500 atau RM1,400 satu tan sahaja,” katanya dalam sidang media hari ini
Pada masa yang sama, beliau turut mencadangkan agar kerajaan memberi bantuan subsidi tambahan sebanyak RM200 kepada pesawah dengan harapan dapat meningkatkan pengeluaran padi
“Perbezaan RM1,700 dengan RM1,500 iaitu RM200 itu kita akan cadangkan kepada kerajaan untuk membantu pesawah melalui subsidi,” ujarnya
Jumlah keseluruhan peruntukan subsidi tambahan itu dianggarkan berjumlah sebanyak RM360 juta.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








