Wang dalam akaun TH didakwa hilang sebenarnya dipindahkan dalam akaun bank sendiri
KUALA LUMPUR – Siasatan Tabung Haji (TH) terhadap dakwaan seorang wanita yang kerugian lebih RM30,000 selepas wang dalam akaun TH miliknya dipindahkan ke akaun milik orang lain adalah didapati tidak benar.
Menurut Bahagian Komunikasi Korporat Lembaga TH, selepas siasatan mendapati transaksi pemindahan wang itu dimasukkan ke akaun bank miliknya sendiri.
“Merujuk kepada dakwaan transaksi tidak sah yang berlaku di Sarawak yang dilaporkan di media hari ini.
“Siasatan TH mendapati transaksi pemindahan wang adalah dari akaun Tabung Haji pengadu kepada akaun bank miliknya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan ringka hari ini.
Sebelum ini, wanita berusia 60-an itu mendakwa hanya menyedari kehilangan wang dalam akaun TH miliknya pada November tahun lalu.
Dakwanya wang lebih RM30,000 dalam akaun TH miliknya disyaki dipindahkan ke akaun milik orang lain sejak tahun 2018.
Dia yang juga bekas pegawai kerajaan itu turut membuat laporan polis di Sarawak pada 1 Disember tahun lalu dan menuntut pihak Tabung Haji mengambil tindakan terhadap kes terbabit.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








