KUJDT perkenal pakej umrah melalui Jelajah 5 Kota Saudi
PUTRAJAYA – Syarikat pelancongan, Kembara Umrah Jaulah Dakwah Tarbiah (KUJDT) melancarkan pakej pelancongan ‘Jelajah 5 Kota Saudi’ dan produk penjagaan peribadi ihram untuk para jemaah umrah, Khalisah.
Pengasas KUJDT, Mohd Khairuddin Salim berkata, produk itu menawarkan pakej umrah dan ziarah ke lima buah kota di Arab Saudi iaitu Taif, Jeddah, Al Ula, Mekah dan Madinah.
“Pakej selama lapan hari ini menawarkan tujuh hari trip kembara di tempat-tempat menarik di bumi Arab Saudi dan satu hari untuk menunaikan ibadah umrah,” katanya pada majlis pelancaran Jelajah 5 Kota Saudi di Menara Shaftsbury di sini, semalam.
Majlis dirasmikan oleh pengurus Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi (Asia Tenggara), Shazlin Ahmad.
Shazlin menzahirkan rasa bangga atas pelancaran produk pelancongan itu dah berharap lebih banyak syarikat di negara ini tampil memperkenalkan pakej seumpamanya.
“Saya ingin menyeru syarikat-syarikat pelancongan lain untuk menjadikan inisiatif KUJDT sebagai contoh dan inspirasi untuk terus berkembang” kata Shazlin dalam ucapannya.
Beliau berkata, produk terbaru KUJDT itu merupakan hasil kerjasama pihaknya sejak September tahun lalu.
Beliau turut menyatakan keterbukaan STA untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat untuk meneroka potensi pelancongan umrah dan ziarah di Arab Saudi.
Tambah beliau, majlis KUJDT itu tidak hanya menjadi acara untuk memperkenalkan produk dan pakej terbaru, tetapi memberi peluang kerjasama dalam industri perlancongan.
Maklumat lanjut mengenai pakej pelancongan yang ditawarkan KUJDT ini boleh diperolehi dengan menghubungi talian 019-736 8770.